Kamis, 24 April 2008
Pemandangan Tepi Pantai.. Air Pasang
SEJARAH KAMPUNG JOHOR LAMA
Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Telok Sengat.Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528 – 1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor . Baginda mendirikan sebuah Kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya Kota ini, Kerajaan Johor menjadi sebuah Kerajaan yang kuat sehingga beberapa kali.
Paulo De Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan
Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677 – 1685). Pada tahun 1678, Laksmana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG JOHOR LAMA
Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melawat laman blog ini. Saya berharap anda akan mendapat serba sedikit info tentang Johor Lama Kampung Bersajarah dan indah. Saya akan cuba mengajak anda lebih mengenali dan memaut hati anda agar dapat berkunjung ke kampung Johor Lama. Sekiranya anda ingin melihat permandangan keluasan Sungai Johor.. Meringankan kepala dengan melihat tali joran di makan umpan... Duduk di rumah rakit sepetang merihatkan badan.. Anda juga boleh mendengar suara unggas pagi membuat bising... suasana kampung yang aman dan nyaman.. belajar mengenali sejarah lama, bekas ibu negeri Johor yang pertama.. Ingin merasa pedas dan sedapnya masakan Ketam Renjong dan Belangkas goring kering... Menjamah kuih bahulu gendang dan kuih tekap yang tiada dijual di tempat lain.. Datanglah ke Kampung Johor Lama... Kampung Bersejarah..